...assalamualaikum w.b.t... bismillahhirrahmanirrahim...
salam satu malaysia.. hari ni aku nak melalut sikit pasal apa yang berlaku dalam 5 tahun lepas... sebab apa aku letak 5 tahun... sebab bagi aku banyak benda terjadi dekat aku dalam masa 5 tahun... semua start dalam 2010...
tahun 2010..
aku masih kat kolej..final semester... lebih kurang date mcm nih lah... antara pertukaran april - mei.. something happen kat aku dan family aku..iaitu kami kehilangan orang yang paling bermakna dalam diri kami sekeluarga..iaitu ayah aku.. dia meninggal pada 3hb Mei 2010.. serangan sakit jantung.. masa tu aku dekat johor tgh study week untuk final semester.. kalau x silap aku lagi 3 hari aku nak final... so bila berlaku mcm tu aku terus shoot balik kedah..x peduli pasal xam ke apa ke.. nasib baik lecturer aku memahami.. so aku dibenarkan ambil lewat.. setelah selesai semua bermula lah aku kerja di Bayview Beach Resort setelah selesai practical disana selama 6 bulan.
tahun 2011 - 2013...
bermula sebagai kerja kerani HR..aku cari experience sebanyak mungkin masa kerja sana.. bermacam2 kerenah orang aku jumpa..dan situ juga lah aku jumpa seorang gadis la yang menambat hati aku...selama aku bekerja disana aku berpasangan dengan dia sahaja..haha..sehinggalah aku dibuang kerja atas sebab hasad dengki orang melayu terhadap kedudukan aku..so aku terpaksalah aku berhijrah ke tempat lain..seminggu selepas harijadi aku.. aku diberi syarat samada aku diberhentikan ataw aku yang berhenti.. jadi demi menjaga nama baik aku..aku menulis sepucuk surat notis berhenti kerja..
...2013...
selepas aku dibuang kerja..atas bantuan seorang kawan yang aku.. aku pon mulakan pekerjaan dengan dia..sebagai pekerja disyarikat catering.. padamulanya hanya janji manis diberikan kepadaku.. atas sebab percayakan kawan, aku pon percayakan beliau seratus peratus.. tetapi apabila sampai masa untuk diberikan gaji..lain pula yang dijanjikan, lain pulak yang aku dapat..dari situ aku sudah menjadi tidak seronok untuk bekerja disitu... waktu kerjanya pula seperti buruh kasar.. dari jam 430 pagi sehinggalah 7 malam... bila masuk bulan ke 2, mereka mengatakan bahawa gaji terpaksa ditahan sebab salah satu kilang yang dia control terpaksa batalkan tender.. so semua pekerja terpaksa ditahan gajinya... lalu aku mengambil keputusan untuk pulang ke tempat asalku... kedah.setelah sebulan tidak mempunyai pekerjaan.. akhirnya atas bantuan makcik sedara aku..aku dapat pekerjaan di hotel kecik di kota alor setar.. mereka mengambil aku bekerja sebagai PURCHASING/ADMIN/HR OFFICER... mulanya aku fikir mungkin sebab hotel kecik..so xdapat mengupah pekerja untuk setiap department.. tetapi setelah 2 bulan aku kerja disitu bos aku mula menyuruh aku membuat kerja2 akaun.. dimana aku langsung xmempunyai pengalaman.. maka bermula lah episod dengki mereka terhadap aku..seminggu sebelum cuti raya cina.. mereka telah memerangkap aku dengan menyembunyikan bill hotel yang sepatutnya aku bayar.. dan akhirnya mereka meletakkan kesalahan kepada diri aku.. dan menyebabkan aku dibuang kerja..sekali lagi.. lalu selama sebulan juga aku tidak mempunyai pekerjaan..
2014...
akhirnya pada bulan februari, aku mendapat satu panggilan untuk interview.. dimana aku telah memohon pada bulan november 2013.. setelah selesai proses temuduga, dan pemeriksaan kesihatan.. aku diambil bekerja disini..sebuah kilang membuat coklat..aku bekerja sebagai HR assistant dimana aku rasa aku boleh berbangga dengan pekerjaan aku ini.. aku harap aku akan kekal dengan pekerjaan ini.. insyaallah...
p/s: aku xtaw la pasai apa aku tulis baku lain macam..haha.. sorry kalau korang baca mcm bangang skit perkataan dia... haha..selamat membaca... daa...