salam satu malaysia...
sudah lama aku biaq aku punya blog ni bersarang..haha..bukan apa..sebab terlalu bz betulkan hidup aku yang terpesong ni.. masalah datang bertimpa2.. ibarat jatuh ditimpa tangga excelator...
tahun 2013 mencatat banyak sejarah pahit aku dari awal tahun hingga ke hari ni... tapi paling pekat sejarah hitam aku ialah masa july...bila kawan2 tempat kerja aku tikam belakang aku... sampai aku terpaksa resign... ini semua MELAYU yang kurang cerdik pemikirannya... mungkin aku x patut panggil korang kawan..mungkin musuh dalam selimut lebih sinonim untuk mereka yang bertopeng kan sedemikian... then dari situ bermula kisah perit aku... orang cakap bila kita lama kat atas and lupa nak pandang bawah bila berjalan..kita akan jatuh...so inilah apa yang terjadi kat aku...bila jatuh...nak bangun mmg sakit... tapi aku gagahkan juga tulang 4 kerat aku nih untuk teruskan hidup.. lepas aku resign kat BAYVIEW aku mendapat kerja kat seberang prai..bekerja di sebuah company catering area sana..yang menguruskan kantin kilang2 di sana... pada mulanya mereka berjanji akan memberikan gaji yang cukup sama dengan apa yang aku minta..tetapi selepas sebulan aku bekerja seperti bangla... mereka hanya membayar separuh daripada yang dijanjikan...aku ditipu lagi sekali..manakan cukup untuk menampung segala perbelanjaan aku.. tetapi aku gagahkan untuk ke bulan yang ke dua mungkin ada sinar harapan... tetapi apabila sampai hujung bulan ke 2 aku bekerja...mereka memberitahu mereka terpaksa menahan gaji aku dan pekerja lain sebab salah satu kilang mereka kehilangan tender...so mereka memerlukan bajet untuk rolling balik duit...bagi aku ini sudah cukup..fullstop.. lalu aku mengambil keputusan untuk berhenti dan pulang ke kampung halaman aku...
....setelah berehat selama sebulan naik turun pejabat2 di sekitar alor setar dan langkawi... akhirnya aku mendapat pekerjaan yang selesa dengan aku...alhamdulillah tuhan masih menyanyagi aku..sekarang sudah hampir 2 bulan aku bekerja disini dan aku diberikan tanggungjawab yang besar..alhamdulillah..semoga perjalanan aku kali ni x berliku2 seperti dalam movie2 yang pernah korang tonton...hehe... *sorry lama x tulis blog..jadi kekok..haha...
....korang mesti tertanya2 mengenai teman wanita aku yang selalu aku ceritakan dalam blog ni kan..*perasan lebih..haha.... ni aku ceritakan.. kisah kami tak seperti kisah2 cinta yang lain semua hidup bahagia...haha.. masalah ni bermula bila aku berhenti kerja dari BAYVIEW dan bekerja diseberang selama 2 bulan...iaitu sebulan sebelum puasa dan masa bulan puasa...so pada mulanya aku x mengesyaki apa2 perubahan...kerana dia berada di bahagian pulau..aku pula ditanah besar...semasa aku bekerja di tanah besar aku dibekalkan rumah, kereta dan makanan oleh company...(mmg la sbb company catering).. so aku meminjamkan kereta aku kepadanya..tetapi dia telah menyalahgunakan kemudahan yang aku bagi..mmg dasar perempuan x kenang budi...xsedar diuntung.. aku telah diberitahu yang dia telah curang bersama2 dengan kereta aku...*padan muka aku.. pada mulanya aku masih x percaya..tetapi apabila aku dan kawan aku menangkap mereka tengah asyik bercinta dalam kereta AKU.. barulah aku percaya...kemudian aku terus membuat keputusan untuk membiarkan mereka terus hanyut..dan aku mengambil semula kereta aku... dan terus pulang ke kampung halaman untuk memulakan hidup baru... alhamdulillah...sekarang aku hidup berdasarkan pengalaman yang aku dapat untuk meneruskan hidup aku dimasa hadapan...
..marah kat pompuan tu? aku x marah...aku cuma rasa dia yang telah merugikan dirinya sendiri...mungkin kami tiada jodoh..
*aku pon x tahu kenapa aku tulis blog aku mcm ni..sekadar nak menghidupkan blog aku balik...haha...
babai..nnt ada lagi aku senang aku mencarut la kat sini.. daa sekian..